Skip to main content

Sukan Lain

Piala Asia: Syafiq pamer terjunan cemerlang

jellson.jpg
Skuad terjun negara berjaya mengungguli acara 1 meter papan anjal individu Piala Asia menerusi penampilan Syafiq Puteh di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Selepas melakukan enam terjunan, penerjun berusia 22 tahun itu berjaya menarik perhatian juri untuk memberikan catatan 356.60 mata, sekali gus merangkul pingat emas.

"Saya berpuas hati dengan terjunan hari ini. Terdapat beberapa kekurangan tetapi ia boleh diperbaiki dalam saingan akan datang," katanya.

Pingat perak turut menjadi milik Malaysia menerusi Gabriel Gilbert Daim yang melakukan catatan 299.10 mata.

Bagi saingan 10m platfom serirama, gandingan Hanis Nazirul Jaya Surya-Jellson Jabillin melakukan catatan 352.74 mata untuk meraih pingat perak manakala emas milik wakil China, Duan Yu-Wang Ziwei, yang cemerlang dengan kutipan 402.81 mata.

"Agak kecewa tetapi ia adalah satu pengalaman yang baru buat saya dan Jellson. Keletihan turut menjadi faktor selepas menghadapi jadual saingan yang padat sebelum ini," kata Hanis.

Untuk butiran lanjut, ikuti Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video