Pasukan lelaki Negeri Sembilan berada dalam kelas tersendiri ketika menewaskan Westports Malaysia Dragons 77-53 untuk merangkul kejuaraan Piala Agong buat kali keempat berturut-turut semalam.
Reputasi sebagai juara bertahan digeruni lawan, apatah lagi Negeri Sembilan pernah menewaskan Dragons dengan jurang 35 mata sebelum ini.
Permainan berlangsung sengit dalam separuh masa pertama, namun dengan ketepatan jaringan tiga mata Ting Chun Hong, Ooi Xian Fu, Wong Yi Hou dan De Wee yiang menjarakkan Negeri Sembilan daripada Dragons 42-32.
Masuk suku ketiga, Dragons acap kali kehilangan peluang menguasai bola daripada kepantasan pihak lawan dan kesempatan itu memastikan Negeri Sembilan terus mendahului 55-41.
Mimpi ngeri Dragons berterusan apabila dihukum dengan kelincahan pemain terbaik perlawanan akhir, Peery Lim untuk Negeri Sembilan meraikan dominasi dan kejayaan merangkul Piala Agong dengan kemenangan 77-53.
Lebih menggembirakan, pasukan wanita Negeri Sembilan turut bergelar juara selepas mengatasi Segamat 76-43.