'Kita masih jauh' - itu luahan jujur yang disuarakan legenda berbasikal negara, M.Kumaresan, berkongsikan jurang perbezaan dalam cabaran pelumba Malaysia menentang pasukan Eropah dalam Perlumbaan Petronas Le Tour De Langkawi (LTdL) 2025.
Namun, Kumaresan tidak menidakkan peluang pelumba tempatan dalam mendapatkan podium di edisi kali ini, walaupun terdapat 'gunung' yang tinggi perlu didaki.
"Kehebatan pelumba Eropah lebih kedepan, meskipun kita telah melihat cara kayuhan dan tahap kecergasan tetapi masih jauh ketinggalan.
"Untuk setanding dengan mereka, perlu berkelana ke Eropah empat atau lima tahun berlatih dan berlumba di sana.
"Jadi perlu menjaga secukupnya kerana setiap aspek sangat penting," katanya.
Dalam pada itu, Kumaresan juga berpendapat tarikh LTdL patut disahkan lebih awal bagi memudahkan untuk pasukan luar World Team untuk merancang perlumbaan mana yang ingin disertai.
Bagi Olimpian negara itu, tindakan pihak penganjur yang lewat mengeluarkan tarikh perlumbaan menjadi salah satu sebab beberapa pasukan mungkin tidak menghantar barisan pelumba terkuat mereka kali ini.
Cuba Sekarang

Kejar Jurang, Tambah Stamina
Dengan sokongan nutrisi lengkap, badan lebih bersedia untuk kayuhan jauh & cabaran besar.
Cuba Sekarang