Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Neymar beri harapan baru buat Brazil

s

Ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, memuji persembahan Neymar ketika membenam Scotland 3-0, semalam.

Kemenangan itu meletakkan juara lima kali itu menjuarai Kumpulan C, Piala Dunia 2026 di depan Maghribi yang turut memungut tujuh mata, dan berkemungkin bertemu Belanda, Sweden atau Jepun di peringkat seterusnya.

Ancelotti pastinya akan terus menagih magis Neymar -- yang menyarung jersi Brazil buat pertama kali sejak 2023 -- selepas memasukan sebagai pemain gantian menuju 15 minit terakhir permainan.

Di kesempatan itu, pemain berusia 34 tahun tersebut mempamerkan sentuhan berbisanya dengan mencipta tiga peluang gol.

"Dia mendapat peluang untuk beraksi kerana dia berhak mendapatnya, dia bekerja keras untuk pulih.

"Saya fikir dalam Piala Dunia ini berdasarkan kualitinya, dia boleh membantu pasukan.

"Dia hanya sempat bermain selama beberapa minit, tetapi dia bermain dengan baik.

"Neymar tidak memerlukan sebarang motivasi untuk beraksi. Tiada pemain yang memerlukan motivasi untuk menyarung jersi Brazil.

"Dia berusia 34 tahun dan masih mempunyai semangat yang sama seperti seorang pemain remaja," kata Ancelotti.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video