Skip to main content

Sukan Lain

Petronas LTdL 2024: Ahmad Syazrin sandaran orang Dungun

amir.jpg
'Saya ingin mengikuti langkah Amir Mustapha' -- Itulah pendedahan Ahmad Syazrin Awang yang merupakan salah seorang daripada empat pendaki pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC).

Ahmad Syazrin turut menanam hasrat untuk menempa nama sebagai seorang pelumba berbasikal lebuh raya ternama dari Dungun, Terengganu.  

Meskipun sudah berumur 27 tahun, ia bukanlah penghalang buat juara enam kali berbasikal bukit kebangsaan itu untuk mengejar impiannya, lebih-lebih lagi dalam penampilan pertamanya dalam Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

"Saya rasa terharu dalam penampilan pertama kerana ini merupakan cita-cita saya menyertai LTdL selepas melihat Amir Mustapha mengharumkan nama Dungun ketika saya menyaksikan perlumaan itu dahulu," katanya kepada Nadi Arena. 

Advertisement

Must Watch Video