F1
Perez: Saya harap tidak bermimpi
Sergio Perez menggambarkan bagaimana dia memenangi perlumbaan Formula Satu buat pertama kali selepas 10 tahun dan akhirnya ia berlaku dalam perlumbaan terakhir untuk Racing Point.
Perez, yang di tempat keempat dalam senarai kejuaraan pelumba tetapi bakal diambil alih oleh Sebastian Vettel musim depan selepas pasukan bertukar kepada Aston Martin, meraih kejayaan dalam perlumbaannya yang ke-190 di Grand Prix Sakhir semalam.
Pelumba kelahiran Mexico itu -- di tempat kedua di Turkey selepas Lewis Hamilton memastikan kejuaraan bulan lalu -- mengalami masalah pada permulaan perlumbaan namun bangkit untuk memimpin saingan selepas masalah dihadapi oleh Mercedes ketika melakukan hentian pit.
Iklan
"Saya tidak mampu berkata apa-apa," kata Perez. "Saya berharap tidak bermimpi kerana telah lama mengimpikan saat ini. Ia mengambil masa 10 tahun bagi saya.
"Selepas pusingan pertama, perlumbaan ini seakan sudah berakhir. Segalanya kerana saya enggan berputus asa.
"Saya telah menjelaskan jentera berada dalam keadaan yang baik, sungguh mudah untuk dikendali. Saya berasakan kami sepasukan telah melakukan dengan terbaik."
— Formula 1 (@F1) December 6, 2020
Must-Watch Video