Skip to main content

Sukan Lain

Pengalaman bergelar atlet resepi Luqman Laji bantu psikologi generasi baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman-laji.jpg
Bekas pesilat negara, Luqman Laji, mengambil pendekatan berbeza selepas mengumumkan persaraan tahun lalu apabila menyertai keluarga besar Institut Sukan Negara sebagai Pegawai Psikologi Sukan.

Keputusan untuk lari daripada tradisi kebiasaan atlet yang menjadi jurulatih tetapi berbeza pula buat Luqman yang komited mahu mengubah nasib dan kejayaan atlet dengan caranya tersendiri

Pencapaian terbaik Luqman selaku atlet kebangsaan dari tahun 2018 sehingga 2024 adalah muncul juara dunia 2022 dalam acara regu putra bersama Nashrul Edzam Mohd Asri dan Muhammad Syafiq Ibrahim.

Meskipun mengambil keputusan drastik bersara pada ketika kemuncak prestasi berusia 29 tahun, namun Luqman mempunyai visi peribadi untuk membantu generasi baru atlet negara daripada perspektif psikologi sukan.

Luqman kini ditugaskan untuk menjaga atlet yang terdiri daripada sukan terjun, renang dan tinju sebagai pentas pendedahan buat dirinya.

Memiliki nilai tambah dalam kerjaya barunya itu, selain memahami emosi dan tekanan selaku atlet, Luqman juga tampak serasi dengan peranan barunya itu dengan tutur kata dan perwatakan senang untuk berinteraksi.

"Setakat ini bekerja dengan atlet sangat baik kerana sebelum ini saya juga merupakan seorang atlet, jadi saya masih dalam perasaan yang sama.

"Paling penting adalah cara untuk mengajar mereka untuk memahami psikologi. Saya sudah ambil psikologi sukan ini Ketika di saingan Sukan Malaysia (Sukma) lagi.

Advertisement

Must Watch Video