Pesilat negara, Mohamad Zarish Hakim Shukor, memohon maaf kerana gagal menunaikan janjinya kepada jaguh kebangsaan kategori Putera D, Razak Ghazali, apabila tewas 5-0 kepada wakil tuan rumah dalam suku akhir Sukan Asia Indonesia di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, Jakarta, hari ini.
Zarish dipilih menyertai acara itu bagi menggantikan Razak selaku juara dunia dan Sukan SEA ekoran kecederaan.
Janji kepada Razak ialah dia akan mara ke final kerana Malaysia kuasa besar dalam kategori bawah 65kg ini.
Bagaimanapun, atlet yang lebih banyak beraksi dalam kategori Putra C itu gagal mempamer aksi terbaik untuk tewas 5-0 kepada Iqbal Candra Pratama dalam suku akhir.
"Bersedia daripada segi kekuatan kecergasaan dan kekuatan. Saya tahu kelas D ini kekuatannya jauh berbeza daripada kelas C.
"Tetapi saya perlu hadapi. Saya pegang kata-kata Razak tetapi saya kecewa tidak dapat melakukannya.
"Dia pesan teruskan agar ke peringkat akhir. Saya mohon maaf kepada Razak kerana tidak dapat ke peringkat akhir," kata Zarish.
Sokongan padu peminat tempatan nyata memberi kelebihan kepada Iqbal.
Apa yang menarik, ia tidak menggentarkan semangat juang pesilat negara yang kerap dibayangi provokasi peminat tempatan.
"Saya tidak ambil kisah perkara itu. Yang penting saya bermain untuk Malaysia bersama pasukan saya.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya kerana memberikan sokongan sehingga akhir," katanya lagi.