Pemain berusia 15 tahun, Cori Gauff, mencipta sejarah setelah melakar kejutan menyingkirkan juara lima kali yang juga idolanya sendiri, Venus Williams, pada hari pertama saingan Wimbledon.
Gauff menjadi pemain paling muda layak ke All England Club dalam Era Terbuka minggu lalu dan mara ke pusingan kedua setelah mencipta sensasi menewaskan pemain Amerika Syarikat, Williams, 6-4, 6-4 semalam.
Williams telah memenangi dua kejuaraan grand slam di atas permukaan rumput sebelum lawannya itu lahir, namun pemain berusia 39 tahun itu gagal menyaingi anak muda itu untuk membolehkan Gauff bergelar pemain termuda memenangi perlawanan di pentas Wimbledon sejak 1991.
Juara remaja Terbuka Perancis tahun lalu itu ternyata tidak gugup atau gentar apabila mempamerkan servis cemerlang, semangat kesukanan terbaik, mendapatkan 18 mata kemenangan dan hanya melakukan lapan kesilapan.
Pemain yang menduduki tangga ke-313 itu menegaskan dia mahu bergelar pemain terbaik sepanjang zaman menjelang aksi terbesar dalam hidupnya itu dan mempamerkan salah satu penampilan sulung grand slam terhebat.
Dia yang kini berusia 15 tahun hanya mendapatkan satu break daripada set pertama selepas mempamerkan ketahanan hebat sebelum Williams melakukan pukulan backhand yang tersasar untuk memberikan Gauff kelebihan 3-2.
Gauff melakukan servis yang menyukarkan gerakan lawannya itu sambil mengekalkan ketahanan dalam set kedua tatkala kesilapan berganda daripada Williams memberikannya pendahuluan 3-2.
Aksi kembali sengit selepas dua kesilapan Gauff menjadikan kedudukan terikat 4-4, namun dia bangkit dalam permainan seterusnya serta kekal dengan rentak permainan sehingga mencipta kejutan di SW19 selepas Williams mendapatkan tiga mata akhir.
Gauff akan berdepan pemain ke-139 dunia, Magdalena Rybarikova, dalam pusingan kedua.