Pasukan Maze menutup tirai pusingan kedua saingan T2 Liga Ping Pong Asia Pasifik (T2APAC) dengan cemerlang apabila mengutip kemenangan ketiga berturut-turut selepas mengatasi Pasukan JJ 15-12 di Studio Pinewood hari ini.
Kemenangan itu meletakkan mereka di puncak saingan selepas enam perlawanan dengan mengutip 90 mata keseluruhan apabila berjaya mencatatkan lima kemenangan dan hanya satu kekalahan setakat ini.
Dalam perlawanan itu, keputusan set pertama pertarungan perseorangan wanita berakhir dengan keputusan seri. Wakil Pasukan JJ, Matilda Ekholm, dan wakil Pasukan Maze, Hina Hayata, menamatkan perlawanan dengan kiraan 2-2 (7-11, 11-10, 11-7, 7-8).
Dalam set kedua perseorangan lelaki, permainan sekali lagi berakhir dengan keputusan sama. Wakil Pasukan JJ, Chuang Chih Yuan, berjaya mengikat pemain ranking keenam dunia yang bermain untuk pasukan Maze, Timo Boll, dengan keputusan seri 2-2 (8-11, 10-11, 11-9, 6-5) dalam masa 24 minit yang ditetapkan bagi saingan T2APAC ini.
Pertarungan perseorangan wanita terus berlangsung sengit dalam set ketiga. Selepas sering bertukar mata, wakil Pasukan Maze, Fang Tian Wei, lebih agresif di hujung minit perlawanan, sekaligus mengatasi pemain Pasukan JJ, Jeon Jihee, 3-1 (11-1, 8-11, 11-9, 9-7).
Dalam set keempat, pemain pasukan JJ, Vladimir Somsonov, dan wakil Pasukan Maze, Aleksandr Shibaev, sekali lagi seri 2-2 (9-11, 11-3, 11-8, 8-10). Keputusan semasa keseluruhan menyaksikan Pasukan Maze mendahului 9-7 ketika itu.
Dalam set kelima, Hina Hayata terpaksa turun beraksi sekali lagi untuk Pasukan Maze menggantikan Yang Haeun yang cedera.
Apapun, kepenatan menjadi penghalang kepada pemain itu untuk menyerlah apabila tewas 2-3 (7-11, 11-4, 10-11, 3-11, 4-1) kepada wakil pasukan JJ, Sun Yingsha.
Apapun, Chen Chien An menjadi penyelamat Pasukan Maze menerusi persembahan bertenaganya pada set akhir.
Dia menumpaskan pemain muda Pasukan JJ, Tomokazu Harimoto 4-2 (4-11, 11-8, 11-6, 11-7, 11-9, 5-4), sekaligus membawa pasukannya gah di puncak liga menamatkan pusingan ini.
Ketua Pasukan Maze, Michael Maze, nyata gembira dengan keputusan yang dikecapi pemainnya dan berharap mereka dapat mengekalkan konsistensi, sekaligus dapat mara lebih jauh.
“Saya sangat gembira dengan kutipan mata hari ini. Bagi saya, Chen Chien An beraksi dengan begitu cemerlang walaupun beberapa pemain lain bermain di bawah tahap sebenar mereka. Apapun, mereka semua bermati-matian mencari kemenangan tadi.
“Pemain sudah tentu tahu, mereka merupakan pemain profesional dan bertaraf dunia. Oleh itu, saya harap mereka kekalkan semangat berpasukan yang sama dalam pusingan seterusnya nanti,” katanya selepas perlawanan.
Keputusan:
Pasukan JJ 12-15 Pasukan Maze
Set 1: Matilda Ekholm 2-2 Hina Hayata (7-11, 11-10, 11-7, 7-8)
Set 2: Chuang Chi Yuan 2-2 Timo Boll (8-11, 10-11, 11-9, 6-5)
Set 3: Jeoh Jihee 1-3 Fang Tian Wei (1-11, 11-8, 9-11, 7-9)
Set 4: V. Somsonov 2-2 A. Shibaev (9-11, 11-3, 11-8, 8-10)
Set 5: Sun Yingsha 3-2 Hina Hayata (pemain gantian) (11-7, 4-11, 11-10, 11-3, 1-4)
Set 6: T. Harimoto 2-4 Chen Chien An (11-4, 8-11, 6-11, 7-11, 9-11, 5-4)