Kegagalan badminton, terjun, dan basikal untuk menghadirkan sasaran utama itu tidak berlaku, walaupun umum mengetahui, tiga sukan itu memiliki potensi menerusi atlet elit yang dimiliki.
Hakikatnya beberapa isu menjadi tumpuan berkenaan punca kepada kegagalan itu.
Imbas kembali pencapaian cukup membanggakan dengan kota cinta Paris menjadi saksi -- gangsa menerusi Lee Zii Jia yang berjaya menundukkan Lakshya Sen sekaligus memperbaiki prestasi di penampilan Tokyo sebelum itu.
Tidak dilupakan aksi dramatik Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen untuk mempertahankan gangsa.
Isu disiplin dan pendedahan keterlaluan di media social antara ‘gangguan’ ketika persediaan atlit ke Sukan Olimpik Paris 2024. Ia perkara yang di bincangkan dalam postmortem Olimpik/Paralimpik pada Khamis, selain kekurangan pakar ISN & atlit pelapis@ASTROARENA pic.twitter.com/RlU2KncnPh
— FinaNasrom (@fnasrom) November 14, 2024
"Sukan terjun diwakili Bertrand Rhodict dan Nur Dhabitah Sabri, mereka bukan atlet yang pernah memenangi pingat dalam pentas Olimpik. Sukan badminton pula turut diletakkan sasaran untuk meraih pingat emas namun ia gagal dilakukan.
"Manakala pembatalan penyertaan Datuk Azizulhasni Awang ternyata menjadi sesuatu yang amat mengecewakan dan ketua jurulatih John Beasley telah memberikan penjelasan mengapa perkara itu berlaku dan sudah melihat kepada apa yang harus diperbaiki untuk edisi LA 2028," kata Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin.
Sementara itu, atlet luar biasa malaysia memang tidak pernah mengecewakan!
Cheak Liek Hou menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan pingat emas di Paralimpik Paris 2024 dalam kategori perseorangan lelaki SU5.
Sementara anak jati Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin juga terus mendominasi sukan powerlifting.
Tidak dilupakan juga pingat perak dan gangsa yang disumbangkan menerusi acara olahraga.