Skip to main content
Advertisement

Bola Tampar

Kejohanan Bola Tampar One Utama pupuk minat orang ramai cungkil bakat

Kejohanan Bola Tampar One Utama pupuk minat orang ramai cungkil bakat

Dari gelanggang ke pusat beli-belah, Kejohanan Bola Tampar One Utama kembali diadakan demi memupuk minat orang ramai terhadap sukan itu di samping mencungkil bakat baharu yang berpotensi untuk digilap ke peringkat lebih tinggi.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, kejohanan yang berlangsung di pusat beli-belah One Utama menyaksikan peningkatan penyertaan yang memberangsangkan apabila menghimpunkan 29 pasukan berbanding hanya lapan pasukan dalam kategori campuran tahun lalu.

Kejohanan yang berlangsung dari 2 hingga 7 Jun itu turut mendapat sokongan teknikal Persatuan Bola Tampar Kuala Lumpur dan Persatuan Bola Tampar Selangor serta mendapat sokongan Persatuan Bola Tampar Malaysia dengan empat kategori dipertandingkan.

Turut memeriahkan kejohanan kali ini ialah penglibatan XCRIIM sebagai penaja utama yang bersama-sama meraikan sukan bola tampar serta menyokong perkembangan sukan itu di Malaysia.

Malah, XCRIIM turut membuka ruang pameran dan jualan produk mereka sepanjang kejohanan berlangsung.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

Related Topics

Must Watch Video