Skip to main content

Bola Sepak

"Tidak perlu Presiden Kehormat"

PBMM

Demikian tegas Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Firdaus Mohamed, meskipun jawatan berkenaan kekal terpelihara dalam struktur pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ia susulan keputusan untuk tidak memansuhkan jawatan berkenaan dalam statut baharu FAM, yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh kesemua 18 ahli gabungan dalam Kongres Luar Biasa (EGM) FAM semalam.

Terdahulu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mencadangkan agar jawatan Presiden Kehormat dimansuhkan sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas struktur pentadbiran FAM.

Langkah itu juga selaras dengan ketetapan AFC dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak lagi mengamalkan jawatan berkenaan kerana dilihat kurang relevan dalam landskap pentadbiran bola sepak moden.

"Ia tidak dibincangkan sebentar tadi," katanya seperti dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Seperti yang dicadangkan oleh Datuk Seri Windsor (John, Setiausaha Agung AFC), saya rasa ia tidak perlu.

"Tiada keperluannya. Kita perlu tunggu, mungkin akan ada reformasi besar-besaran dalam bola sepak negara, jadi kita mengharapkan yang terbaik."

Untuk rekod, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, yang menamatkan tugas sebagai Presiden FAM, telah dilantik sebagai Presiden Kehormat badan induk itu, sejurus melepaskan jawatan Presiden.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video