Skip to main content

Badminton

Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah kandas

pearly thinaah

Impian beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia berkecai selepas terkandas di peringkat suku akhir kepada gandingan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara, di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadu

Aksi dalam set pertama berlangsung sengit dan walaupun kelebihan di atas kertas memihak kepada Pearly dan Thinaah, mereka tampak bergelut untuk mengimbangi rentak agresif lawan, terutama Pearly yang baru pulih daripada kecederaan belakang.

Pasangan negara berpeluang untuk mencuri set pembukaan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas tipis 20-22.

Dalam set kedua, Pearly dan Thinaah cuba menjelmakan kebangkitan tetapi gagal mengekalkan momentum ketika Rui dan Sayaka mula melancarkan corak permainan yang lebih agresif untuk ke separuh akhir dengan kemenangan 21-16.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video