Sebaliknya, orang ramai merujuk kepada peristiwa sama yang berlaku kepada pelumba Great Britain, Jason Kenny, di Rio 2016 tatkala diberi peluang kedua sehingga membawa kepada kejayaan menggondol pingat emas.
Selepas melakukan penilaian semula, peraturan tersebut telah pun dipinda sebaik sahaja insiden Jason Kenny sehingga memberi impak melibatkan banyak pihak.
"Antara sebab mengapa mereka mengubah peraturan tersebut adalah kerana kehilangan masa yang begitu banyak jika majoriti pelumba melebihi derny sebelum keluar daripada trek," katanya.
Kendatipun begitu, Josiah Ng masih menganggap The Pocket Rocketman masih mempunyai kemampuan untuk mengulangi pencapaian legenda berbasikal dunia, Mark Cavendish, seandainya dia ingin berubah fikiran untuk bersara.
"Azizulhasni seorang yang teliti mengenai penjagaan prestasinya selain mempunyai disiplin yang tinggi.
"Secara fizikalnya, dia masih mampu melakukan di edisi seterusnya dan akan menjadi sebaris Mark Cavendish yang tidak berputus asa dalam kariernya," tambahnya.
Olimpian negara, Josiah Ng tegas tiada istilah 'pilih bulu' dalam insiden ditimpa Datuk Azizulhasni.#KitaSemuaTeamMas #SokongMalaysia #Paris2024 pic.twitter.com/dvbyyZDW9u
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 12, 2024