Usia merupakan faktor penting dalam mencapai kemuncak prestasi dalam sukan, terutama di kejohanan bertaraf dunia seperti World Cup dan Olimpik.
Atlet sering kali mencapai puncak prestasi mereka pada usia tertentu, bergantung kepada jenis sukan yang mereka ceburi.
Perbezaan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk keperluan fizikal, kematangan mental, dan tempoh pengalaman. Dalam sukan yang memerlukan ketahanan dan kekuatan fizikal tinggi seperti bola sepak, atlet biasanya mencapai puncak prestasi mereka antara umur 20 hingga 30 tahun.
Pada usia ini, mereka berada dalam keadaan fizikal yang terbaik, dengan kemampuan untuk mengekalkan kelajuan, kekuatan, dan daya tahan yang di perlukan untuk bersaing di tahap tertinggi. Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dua ikon bola sepak, mencapai prestasi tertinggi mereka dalam lingkungan usia ini, menunjukkan betapa pentingnya tempoh ini dalam karier mereka.
Sukan lain seperti gimnastik dan renang sering kali kita dapat melihat atlet mereka mencapai puncak prestasi pada usia yang lebih muda. Dalam gimnastik, contohnya, fleksibiliti dan kelenturan adalah sangat penting, dan atlet sering kali mencapai kemuncak mereka dalam lingkungan umur remaja hingga awal 20-an.

Simone Biles, juara gimnastik dunia dan Olimpik, telah mencapai banyak kejayaan pada usia awal 20-an, menunjukkan bahawa sukan ini cenderung mengutamakan kemahiran yang dicapai lebih awal dalam kehidupan.
Sebaliknya, dalam sukan yang memerlukan pengalaman dan strategi yang mendalam seperti memanah, menembak, dan catur, atlet mungkin mencapai kemuncak prestasi mereka pada usia yang lebih matang. Dalam sukan-sukan tertentu ini, ketepatan, ketenangan, dan pemikiran taktikal adalah lebih penting berbanding kekuatan fizikal, yang mana faktor-faktor ini sering kali diperoleh dan dipertingkatkan dengan pengalaman bertahun-tahun dalam arena sukan.
Selain itu, usia juga memainkan peranan penting dalam aspek mental dan emosi atlet. Kematangan mental yang datang dengan usia membantu atlet menguruskan tekanan dan ketegangan yang datang dengan pertandingan peringkat tinggi seperti World Cup dan Olimpik.
Atlet yang lebih berusia mungkin mempunyai ketahanan mental yang lebih baik dan keupayaan untuk membuat keputusan yang lebih bijak di bawah tekanan.
Walaupun begitu, teknologi dan pemahaman yang semakin mendalam tentang sains sukan telah membantu memanjangkan lagi tempoh kemuncak prestasi bagi kebanyakan atlet. Program latihan yang lebih baik, pemulihan yang lebih efisien, dan pemakanan yang tepat telah membolehkan atlet mengekalkan prestasi pada tahap yang tinggi dalam jangka masa yang lebih panjang.
Contohnya, dalam sukan seperti tenis, Roger Federer dan Serena Williams terus bersaing di peringkat tertinggi walaupun telah melepasi usia 30-an.
Usia bukanlah penghalang untuk seorang atlet mencapai kejayaan di pentas Olimpik. Sejarah sukan telah menunjukkan bahawa atlet dari pelbagai peringkat usia mampu meraih pingat emas, membuktikan bahawa faktor usia boleh diatasi dengan ketekunan, pengalaman, dan strategi yang baik.

Contoh terbaik ialah Oscar Swahn dari Sweden, yang memenangi pingat perak pada usia 72 tahun dalam acara menembak di Olimpik Antwerp 1920, menjadikannya atlet tertua yang pernah memenangi pingat Olimpik.
Selain itu, atlet seperti Dara Torres, perenang Amerika Syarikat yang pada usia 41 tahun memenangi tiga pingat perak di Olimpik Beijing 2008, turut membuktikan bahawa prestasi cemerlang boleh di capai walaupun telah menjangkau pada usia yang lebih matang. Kejayaan ini tidak hanya memperlihatkan kekuatan fizikal tetapi juga ketahanan mental dan pengalaman yang diperolehi sepanjang karier atlet mereka.
Dalam sukan seperti gimnastik, yang sering dianggap sebagai sukan untuk golongan muda, Oksana Chusovitina dari Uzbekistan telah membuktikan sebaliknya. Pada usia 46 tahun, dia masih bersaing di peringkat tertinggi dan menjadi finalis dalam acara lompat kuda di Olimpik Tokyo 2020.
Walaupun tidak memenangi pingat emas, kehadirannya di Olimpik menunjukkan bahawa pengalaman dan dedikasi boleh mengatasi cabaran usia dalam sukan yang menuntut kemahiran teknikal tinggi.
Tuntasnya, usia tidak seharusnya dilihat sebagai batasan dalam mencapai kejayaan di Olimpik. Sebaliknya, dengan persiapan yang baik, sokongan yang tepat, dan dedikasi yang tinggi, atlet dari pelbagai peringkat usia masih boleh mencapai prestasi tertinggi dan meraih pingat emas. Prestasi mereka yang luar biasa ini memberi inspirasi kepada generasi atlet muda dan tua bahawa kejayaan di peringkat tertinggi boleh dicapai tanpa mengira faktor usia.
Sains sukan telah memainkan peranan penting dalam membantu atlet mengatasi faktor usia sebagai halangan kepada kejayaan mereka, terutamanya di peringkat Olimpik. Kemajuan dalam teknologi latihan, pemulihan, dan pemakanan, serta pemahaman yang lebih mendalam tentang fisiologi manusia, membolehkan atlet yang lebih berusia mengekalkan dan meningkatkan prestasi mereka.

Kajian menunjukkan bahawa jumlah atlet berusia lebih dari 35 tahun yang bertanding di peringkat Olimpik telah meningkat sebanyak 15 peratus sejak tahun 2000, manakala lebih daripada 25 peratus daripada semua pingat yang di menangi di Olimpik 2020 adalah oleh atlet berusia lebih dari 30 tahun.
Selain itu, dalam sukan yang memerlukan ketahanan tinggi seperti maraton dan triatlon, hampir 20 peratus daripada finalis di Olimpik Tokyo 2020 adalah atlet berusia 35 tahun ke atas, berbanding hanya 8% pada Olimpik Atlanta 1996.
Ini membuktikan bahawa sains sukan telah berjaya menjalankan kaedah saintifik untuk memanjangkan tempoh puncak prestasi atlet, ia membolehkan mereka kekal kompetitif walaupun dalam usia yang lebih lanjut. Sains sukan juga membantu meningkatkan kebolehan fizikal atlet berusia lebih dari 30 tahun, dengan peningkatan prestasi sehingga 12 peratus dalam kekuatan dan daya tahan berbanding atlet dalam dekad sebelumnya. Sains sukan telah membuktikan keberkesanannya dalam membantu atlet mengatasi faktor usia sebagai penghalang kejayaan.
Peningkatan peratusan atlet berusia yang mencapai kejayaan di peringkat Olimpik menunjukkan bahawa dengan pendekatan yang betul dalam latihan, pemulihan, dan pemakanan, usia tidak lagi menjadi halangan yang signifikan.
Ini memberi inspirasi bahawa prestasi puncak masih boleh dicapai oleh atlet dari pelbagai peringkat usia dengan bantuan sains sukan. Prestasi puncak dicapai pada usia yang berbeza berdasarkan keperluan fizikal, ketahanan mental, dan pengalaman sukan tersebut.
Bagaimanapun, kemajuan dalam teknologi dan sains sukan telah membantu atlet mengekalkan prestasi tinggi mereka kepada tempoh yang lebih lama, ia menunjukkan bahawa usia hanyalah satu daripada pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan atlet dalam sukan di peringkat tertinggi.
Akhir kata, dengan hikmah kita teroka, Kerana Tuhan Untuk Manusia.
PENULIS TS DR HADAFI FITRI MOHD LATIP PENGARAH PUSAT INOVASI DAN TEKNOLOGI SUKAN, PENSYARAH KANAN FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UTM