Majlis Olimpik Malaysia (MOM) buat tindakan betul – menerima teguran dan menukar pakaian kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris.

Tahniah kepada Presiden, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dan Ahli Lembaga MOM yang bertindak pantas susulan kritikan terhadap reka bentuk pakaian awal.

“MOM berasakan reka bentuk baru ini melambangkan semangat harimau yang sudah jadi identiti Malaysia sejak kali pertama diperkenalkan pada Sukan SEA Manila 2005”.

“Harapan MOM ialah agar semangat Harimau jadi inspirasi untuk atlit negara mengaum di Paris nanti,” kata Norza.

Perkembangan ini juga mendapat reaksi positif netizen kerana reka bentuk baru lebih menarik.

“Ini baru cantik,” kata mereka.

Jadi rakyat Malaysia, 21 hari lagi menjelang temasya sukan terbesar dunia – Go For Gold!


Sertai Ultimate Liga Super Fantasy dan peluang menangi hadiah sepanjang musim di sini.