Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Kontinjen Australia kecewa bas salah venue, tiada pendingin hawa

australia-olimpik.jpg
Kontinjen Australia bersungut mengenai aspek logistik dalam Sukan Olimpik Paris apabila persiapan mereka terjejas berikutan kesilapan venue dan bas tidak menyediakan penghawa dingin atau tingkap terbuka.

Jawatankuasa Penganjur Paris telah dimaklumkan tentang isu itu selepas pasukan hoki lelaki Australia dihalau dari Stade de France yang dijadikan gelanggang ragbi atau bola sepak 

Perenang, Shayna Jack, menyifatkan permulaan temasya itu sebagai huru-hara sambil berkongsi foto di media sosial nebgebau rakan sepasukannya terpaksa duduk di atas lantai bas.

"Naik bas ke kolam penuh sesak ... 45 minit menuju ke kolam renang," tulisnya.

"Tiada penghawa dingin atau tingkap yang tertutup.

"Bas juga telah tersesat. Permulaan gila bertukar huru-hara."
 

Advertisement

Must Watch Video