Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Bukan poster rasmi cuma kegunaan kad akreditasi

poster.jpg
Berikutan poster yang dimuat naik memaparkan wajah atlet Malaysia yang sedang tular di media sosial, rata-rata peminat tempatan menyalah tafsir kerana menganggap seperti senarai orang dikehendaki dan reka bentuk tidak memuaskan.

Untuk pengetahuan lebih lanjut, itu bukanlah sebuah poster rasmi daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun badan induk seperti Kesatuan Olimpik Malaysia (OCM) yang sedang menerima kecaman bertubi-tubi oleh penyokong sukan tanah air.

Sebagai makluman, kesemua wajah atlet kebangsaan berkenaan merupakan gambar daripada pasport masing-masing untuk dijadikan sebagai lampiran rasmi pada kejohanan berprestij itu.

Difahamkan, gambar-gambar pasport kontinjen negara di dalam poster tular itu diambil daripada laman sesawang rasmi Olimpik Paris 2024 yang diguna pakai dalam ‘accreditation card’ (kad akreditasi) setiap atlet.

Advertisement

Must Watch Video