OLIMPIK PARIS
Paris 2024: Aaron-Wooi Yik kekal tenang selepas tewas kepada gandingan nombor 1 dunia
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal tenang biarpun hajat mereka untuk ke suku akhir selaku juara kumpulan disekat gandingan nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang, awal pagi tadi.
Kekalahan 24-22, 21-14 itu menyaksikan Aaron dan Wooi Yik melangkah ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan A tetapi ia jelas tidak menggugat semangat mereka.
Malah, bekas juara dunia itu berasakan hanya perincian kecil perlu disempurnakan mereka menjelang saingan peringkat kalah mati selepas ini.
Iklan
Aaron berkata kepada wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani: "Saya rasa ketika waktu getir, mereka lebih tenang berbanding kami.
"Mungkin ketika itu kami terlalu banyak berfikir."
Wooi Yik menambah: "Kami mahu mengekalkan permainan kami kerana kami masih percaya dengan permainan kami.
"Kami boleh bersaing dengan mereka dengan cara permainan kami cuma kami perlu lebih tajam kerana berdepan beregu terbaik, kami tidak boleh bergantung kepada kekuatan sahaja, kami perlu bersedia dengan taktikal lebih baik dalam perlawanan seterusnya.
"Untuk suku akhir, kami perlu lebih fokus," katanya.
Must-Watch Video