Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Aaron-Wooi Yik bertemu beregu No.3 dunia di suku akhir

beregu-lelaki.jpg
Beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bakal bertemu wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas undian telah dijalankan sebentar tadi.

Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chang, selepas merekodkan dua kemenangan satu kekalahan. 

Bakal bertemu beregu juga merupakan ketiga terbaik dunia, Aaron-Wooi Yik masih lagi dalam landasan untuk memperbaiki pencapaian kilaun pingat gangsa yang diperoleh ketika edisi Tokyo 2020 tiga tahun lalu.
   

Advertisement

Must Watch Video