Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Tokyo 2020: Yee Khie sumbang perak buat negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

240598170_4257462427700956_1365739584977742179_n.jpg
Skuad powerlifting negara terus menjadi lubuk kutipan pingat selepas kejayaan Bonnie Bunyau Gustin meraih pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kini giliran Jong Yee Khie pula meraih pingat perak dalam acara 107 kilogram.

Atlet berusia 33 tahun dari Sarawak itu melakukan angkatan 237 kg, kurang 2kg daripada angkatan peribadi terbaik, untuk memenangi pingat perak di Tokyo International Forum, sebentar tadi.



Enkhbayaryn Sodnompiljee dari Mongolia melakukan angkatan 245 kg untuk meraih emas sementara wakil Iran, Razi Saman meraih pingat gangsa (231kg).

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video