Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Tokyo 2020: Astro Arena saji liputan terbaik atlet negara

para.jpg
Astro Arena akan menyajikan liputan terbaik atlet negara sepanjang Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bermula dengan siaran langsung upacara pembukaan temasya itu malam tadi, acara-acara yang disertai atlet negara akan dibawakan buat tatapan peminat di tanah air.

Selaku penyiar rasmi, Astro Arena juga menyediakan pentas perbincangan dalam segmen Pentas Tumpuan bersama panel-panel terpilih.

Liputan itu akan berterusan sehingga majlis penutupan temasya berkenaan pada 5 September ini.

Ia bagi meraikan penyertaan kontinjen negara dalam edisi ke-16 temasya itu.

Sebagai rekod, kontinjen negara diwakili seramai 22 atlet daripada sembilan jenis sukan dan menyasarkan tiga pingat emas daripada lima atlet elit, iaitu Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly (olahraga), S. Suresh (memanah), Cheah Liek How (Badminton) dan Bonny Bunyau Gustin (powerlifting).


 

Advertisement

Must Watch Video