Skip to main content

Sukan Lain

Paralimpik: Eddy Bernard pasang hajat cabar rekod dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paralimpik-eddy-bernard.jpg
Jaguh pecut paralimpik negara, Eddy Bernard, menerima tamparan hebat apabila bukan sahaja gagal layak ke peringkat akhir 100 meter T44, malah statusnya selaku pelari ketiga terpantas dunia juga dipintas dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi, India, yang berlangsung pada awal bulan ini. 

Eddy yang bergelut dengan siri kecederaan terpaksa akur menamatkan saringan di kedudukan kelima terpantas.

Tumpuan utama terarah kepada pelari pecut Arab Saudi, Naif Almasrahi, yang menggegar balapan dengan catatan rekod dunia, 10.94 saat.

Ia jauh lebih baik daripada rekod peribadi terbaik Eddy, 11.58 saat dalam Kejohanan Dunia 2024 Paris.

Justeru, Eddy yang berguru di bawah tunjuk ajar ketua jurulatih pecut, Hamberi Mahat, sedar tugasan sukar yang menanti dirinya sebaik musim 2026 bermula.

"Dia kini menjadi pesaing baru saya.

"Dengan kehadiran pencabar baru, saya perlu bekerja keras. 




"Mungkin saya boleh melakukan (rekod dunia) tapi ambil masa sikit. 
 
"Saya kena bincang dengan jurulatih menerusi strategi baru untuk mengatasi pemegang rekod dunia," katanya. 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video