Skip to main content

Sukan Lain

Pandelela raih tempat keenam dalam final

pandelela-rinong.jpg
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, meraih tempat keenam dalam final acara 10 meter platform wanita dalam saingan Siri Dunia FINA  2017 di Windsor, Kanada, hari ini.

Selepas mendapat pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri kelmarin, Pandelela pasti mengharapkan terjunan lebih konsisten dapat dipamerkan kali ini.

Dua terjunan awal Pandelela, bagaimanapun, tidak mendapat mata yang tinggi hingga meletakkannya di kedudukan sukar dalam buruan pingat.

Hanya terjunan ketiga menyaksikan dia memperoleh 75.2 mata, iaitu yang tertinggi dalam enam terjunan.

Bagaimanapun, catatan itu tidak dapat menyaingi catatan keseluruhan 390.6 mata oleh penerjun China, Si Yajie untuk meraih emas.

Melissa Wu dari Australia serta seorang lagi peserta China, Ren Qian, melengkapkan kedudukan podium.

Pandelela pula menduduki tempat keenam selepas mengumpul 345.55 mata keseluruhan.

Advertisement

Must Watch Video