MUAY THAI
ONE Championship: Perjuangan belum selesai, bemimpilah dalam hidup jangan hidup dalam mimpi -- Rifdean
Petarung Muay Thai meningkat naik negara, Rifdean Masdor, berkata perjuangannya masih belum selesai selepas meraih kemenangan kedua dalam One Championship malam tadi.
Rifdean menewaskan pencabar tuan rumah, Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum, secara TKO dalam pusingan pertama One Friday Fights 71.
Sebelum ini, petarung berusia 21 tahun itu turut melakar kejutan selepas hanya memerlukan seminit 18 saat untuk menumbangkan lawan juga dari Thailand, Pichai Lookbanmai, menerusi penampilan perdananya dalam ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee -- juga dengan TKO.
Iklan
"Terima kasih semua dan sayang kamu semua," tulisnya dalam kemaskini terbaru media sosial.
"Ingat perjuangan saya masih belum selesai.
"Bermimpilah dalam hidup, jangan hidup dalam mimpi."
Must-Watch Video