Skip to main content

Sukan Lain

ONE Championship: Jennana Johnson titip doa buat anaknya, Johan Ghazali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo.jpg
'Akhirnya berjaya pulang rumah dengan kemenangan. Kami tidak menangis hari ini'

Tiada yang lebih baik daripada melihat anak sendiri gembira dengan apa yang dilakukakannya. 

Ibu kepada Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, Jennana Johnson, tidak terkecuali apabila sama-sama merasai kecewa melihat pertarung negara itu melalui dua kekalahan tahun ini sehingga detik kemenangan tiba jua.

Ini juga termasuk pengorbanan yang harus dibuat iaitu berjauhan dengan Jojo demi mengejar impian tertinggi dalam karier.

"Dia memiliki sokongan yang tinggi dan itu sahaja yang kami peduli.

"Ia adalah sebahagian daripada adat. 

"Dalam muay thai, anda akan kalah beberapa kali. Sudah tentu, ia sakit dan tiada siapa sukakan kekalahan.

"Kalau Johan kalah, bermakna kami semua juga kalah.

"Teruskan berlatih dan kekal rendah diri. Insya-Allah kemenangan akan tiba," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Terdahulu, atlet kelahiran Sarawak itu pulang dengan kemanisan selepas berhasil menumpaskan wakil Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam pertarungan ONE Fight Night 35 di Bangkok, semalam.

Jojo tewas secara keputusan juri dalam dua perlawanan terakhir ONE Championship tetapi kali ini, dia membuktikan betapa dia masih memiliki keampuhan dengan memilih KO sebagai jalan kemenangan.
Muay Thai

Latih Dengan Selamat & Bijak

Sarung tangan Muay Thai yang selesa & tahan lasak, direka untuk training dengan teknik betul sambil menjaga keselamatan.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video