Abang kepada petarung One Championship, Aliff Rakib, yakin adiknya mampu memberikan saingan sengit kepada Prajanchai Saenchai meskipun mempunyai jurang besar daripada segi pengalaman.
Iman Hakim Rakib optimis Aliff mampu merampas tali pinggang strawweight yang sandang seteru itu sejak Disember 2023.
Pemenang pingat emas acara kickboxing Sukan SEA Kemboja itu tidak menolak kemungkinan adiknya akan kembali membawa nama negara dalam temasya sukan dwitahunan tersebut.
Namun, fokus utama kini terarah kepada kejohanan One Championship.
"Ia sebenarnya cita-cita ayah kami yang ingin menjadi petarung terbaik tapi anak-anak mampu mewarisi impiannya.
"Saya sendiri tidak dapat tapi saya bangga dua adik lelaki yang lain dapat meneruskannya.
"Aliff sendiri yang hadapi keperitannya, terpaksa berkorban. Dia berpisah dengan keluarga sejak 14 tahun.
"Kerja kerasnya membuahkan hasil walaupun belum lagi bergelar juara dunia," katanya.