Skip to main content

Boling

Tenpin Boling Orang Pekak Kebangsaan: Kontinjen Selangor kekalkan dominasi

SSS

Kontinjen Selangor sudah menghantar amaran awal, pada hari pertama Kejohanan Boling Tenpin Orang Pekak Kebangsaan apabila tampil sebagai kuasa dominan selepas menyapu bersih dua pingat emas acara perseorangan lelaki dan wanita.

Juara bertahan wanita, Hamidah Mohd Nor, sekali lagi membuktikan dirinya masih ratu boling apabila mempertahankan gelaran dengan aksi penuh berkelas.

Hamidah tampil konsisten sepanjang saingan untuk mengumpul 1023 jatuhan pin, sekali gus meninggalkan pencabar terdekat dari Sabah, Masruni Juri Azhar, yang mencatatkan 924 pin.

"Wakil Sabah berikan saingan sengit. Selepas menghidu kelemahan pihak lawan, saya mula mengatur taktik untuk mencapai kemenangan," menurutnya di Summit USJ, hari ini.

Sementara itu, dominasi Selangor bertambah kukuh menerusi acara perseorangan lelaki apabila mereka menyapu bersih keseluruhan podium.

Lebih istimewa, Mohd Razid Razali, mencipta detik bersejarah buat dirinya apabila melengkapkan hat-trick kejuaraan, sekali menggondol pingat emas dengan mencatatkan 1069 jatuhan pin.

Dengan dua emas sudah berada dalam genggaman, Selangor kini tampil sebagai kontinjen yang perlu diberi perhatian dengan saingan kategori lain bakal membuka tirai pada esok.

"Kami bersemangat tinggi untuk mewakili Selangor.

"Saya meneruskan rentak emas dalam Para Sukma pula," menurutnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video