No badminton, no problem! Boleh kata Sukan Komanwel ni makanan kem angkat berat negara.
Kontinjen Malaysia capai sasaran pingat emas yang ditetapkan, dan lima daripadanya datang menerusi kem angkat berat negara!
Badang-badang negara besar jiwanya. Legasi turun-temurun wakil kebangsaan dalam Sukan Komanwel sejak dahulu lagi tak habis mencipta sensasi buat Malaysia.
Ceritanya di sini bukanlah tentang kejayaan semata, malah tradisi dan pencapaian sejak dahulu tidak boleh disangkal lagi memandangkan sukan angkat berat negara kerap menghadiahkan pencapaian membanggakan.
Singkap kembali negara hanya menyertai sukan angkat berat dan diwakili empat orang atlet yang menunjukkan pencapaian cemerlang dengan setiap seorang membawa pulang sebutir pingat pada edisi 1950 di Auckland yang ketika itu disebut Sukan Empayar British.
Tho Fook Hung dalam kategori bantamweight telah memenangi emas dengan jumlah keseluruhan berat yang diangkat sebanyak 655 paun.
Begitu juga Koh Eng Tong yang bertanding dalam kategori featherweight dengan keseluruhan berat sebanyak 685 paun manakala Thong Saw Pak yang bertanding dalam acara lightweight telah memenangi pingat perak dengan jumlah berat keseluruhannya sebanyak 722 paun.
Sukan angkat berat membawa pulang pingat pada kejohanan 1950, 1958, 1962 dan 1994 dengan jumlah keseluruhan pencapaian 2 emas, 4 perak dan 2 gangsa.
Ramai mula sangsi dengan episod hitam yang pernah melanda kem negara apabila terpalit dengan isu doping, pengambilan ubatan terkawa dan sebagainya, namun ia beransur pulih untuk bangkit semula memulihkan imej meningkatkan keyakinan sejak akar umbi.
Usaha Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dengan pelbagai opsyen pusat latihan seluruh negara menawarkan rutin dan persekitaran berbeza.
Selepas melewati beberapa edisi temasya berprestij itu, kini pada 2026 kem angkat berat telah menyumbang sejumlah tujuh pingat, sekali gus mencipta pencapaian bersejarah! Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (Semsira), Perlis & Desa Tasik, KL mendoniaaaa. Ada yang pergi Rompin yang dianggap sebagai latihan ‘Korea Utara’ bagi atlet negara.
Kini, memandang jauh ke hadapan – negara jiran juga sudah ada pencabarnya. Nama Rizki Juniansyah bakal menjadi penghalang apabila dia merupakan satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik buat Indonesia bagi sukan itu termasuk pemegang rekod dunia clean and jerk.
Saranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bersetuju bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) wajar menyuntik dana tahunan sebanyak RM1 juta kepada PABM untuk terus memperkasa program dan menentang Indonesia menjelang Los Angeles 2028.
Mengharapkan lagi lebih ramai badang buatan dalam pembikinan bukan sahaja angkat berat, tapi ‘angkat’ Malaysia di persada dunia.