Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil, berpandangan tindakan ratu pecut, Zaidatul Husniah Zulkifli, menarik diri daripada menyertai acara 200 dan 4x100 meter Sukan SEA Filipina sebagai pengorbanan demi menamatkan kemarau 22 tahun meraih pingat emas 100m.
Punca utama Zaidatul Husniah menarik diri daripada acara 200 dan 4x100m Sukan SEA Filipina kerana jadual pertandingan yang ketat.
Acara 200m akan berlangsung pada hari pertama, diikuti 100m pada hari kedua, sekali gus memberi tekanan kepadanya.
Keutamaan Zaidatul Husniah ialah meraih emas 100m di mana kali terakhir Malaysia menjuarai acara reben biru itu menerusi G. Shanti di Jakarta 1997.
"Jadual pertandingan di Manila sangat padat. Kami memiliki strategi tersendiri bagi edisi kali ini dan acara 100m adalah keutamaan Zaidatul," kata Manshahar.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak merancang mencari pengganti Zaidatul Husniah dalam acara 200m yang kini menyaksikan hanya Nurul Faizah Asma Mazlan turun selaku wakil tunggal acara itu.
Tiada masalah untuk kuartet 100m wanita bagi mendapatkan pengganti dengan kehadiran Faizah, Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam Shally, Azreen Nabila Alias dan Raja Norsheena Raja Azhar selaku calon simpanan.
"Kami tidak mahu Zaidatul dibebankan dengan acara yang banyak. Di Manila, acara 100m berganti-ganti campuran diperkenalkan, namun ia adalah salah satu sasaran buat Malaysia untuk meraih kemenangan di sana nanti," katanya lagi.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, bakal mengadakan pertemuan dengan KOM bagi membincangkan keputusan Zaidatul Husniah yang menarik diri daripada dua acara tersebut.
"Saya perlu mendengar penjelasan daripada KOM dan kami mahu melihat rasional di sebalik tindakan tersebut," katanya.