Malaysia meraih pingat emas kedua dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura hari ini menerusi Norliyana Kamaruddin dalam acara lompat tinggi wanita untuk mengatasi pemegang rekod kebangsaan, Yan Sean Yee, yang menduduki tempat ketiga.
Norliyana berjaya melakukan lompatan setinggi 1.78 meter untuk merangkul emas, namun ia masih belum memberi kepuasan kepadanya yang mengharapkan catatan melebihi 1.80m.
"Saya menjangkakan catatan lebih baik, iaitu mencapai 1.80m," ujar Norliyana.
Bagaimanapun, Sean Yee yang merangkul gangsa menerusi lompatan 1.71m, tidak kecewa dengan aksinya kerana kejohanan kali ini hanya sebagai medan untuknya menguji teknik baru dan bukan untuk memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri.
"Ini kali pertama saya menggunakan teknik larian 11 langkah.
"Ini bermakna saya menggunakan kurang dua langkah dan teknik ini masih lagi belum serasi," kata Sean Yean.
Bagi acara 100m lari berpagar wanita pula, Raja Nursheena Raja Azhar berpuas hati di tempat kedua untuk memenangi perak apabila menamatkan larian dengan catatan 14.16 saat.
Dia ditewaskan oleh pelari dari Vietnam, Thi Yen Hoa, dengan perbezaan 0.04 saat sahaja.