OLAHRAGA
Olahraga Terbuka Singapura: Nauraj pecah rekod kebangsaan
Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya selepas melakukan lompatan 2.30 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura, pagi tadi.
"Saya gembira dengan prestasi saya hari ini. Ia keputusan yang sukar untuk dicapai tetapi pada masa yang sama, situasi berpihak kepada saya.
"Keadaan lapangan adalah baik, cuaca juga baik dan saya beraksi baik seperti yang dirancang," katanya.
Iklan
Catatan itu membawa Nauraj kepada pingat emas pertama negara dalam kejohanan itu dan melayakkan diri secara merit ke Kejohanan Dunia, Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) di London, Ogos depan.
"Saya sangat gembira dan berpuas hati kerana mencatat 2.30, iaitu catatan yang membolehkan saya meraih emas. Saya gembira dengan tempat saya berada. Ia satu peningkatan yang baik," tambahnya.
Seorang lagi wakil negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, turut mempamerkan aksi membanggakan selepas meraih kedudukan keempat dalam penampilan sulungnya bersaing dengan atlet normal.
Must-Watch Video