Pelari pecut negara, Muhammad Ridzuan Puzi, terpaksa menerima realiti pahit dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Kobe, Jepun apabila tuntutan aksi kompetitif hari ini memperlihatkan dirinya menamatkan acara akhir 100 meter T36 di kedudukan keenam.

'Dekwan' menuju penurunan prestasi atas beberapa faktor, antaranya umur semakin meningkat tatkala negara kuasa besar seperti China sudah memiliki pelapis masa depan.

Jadi tidak hairanlah, China mendominasi acara akhir menerusi Peiching Deng dan Yifei Deng tatkala Mokhtar Didane melengkapkan kedudukan podium.

Dekwan menamatkan saingan dengan catatan masa 12.50 saat untuk dibezakan 0.05 saat daripada prestasi terbaiknya musim ini.

Apa pun, legasi terbilang Dekwan akan kekal dalam lipatan sejarah sukan negara selaku penyumbang pingat emas Paralimpik pertama negara di Rio de Janeiro pada 2016.