Pelari pecut negara, S. Komalam Shally, sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menggantikan Zaidatul Husniah Zulkifli, yang menarik diri daripada acara 200m dalam Sukan SEA Filipina, November depan.
Ketiadaan ratu pecut negara itu menyaksikan terdapat satu kekosongan slot pelari kedua dalam acara berkenaan.
Setakat ini, hanya Nurul Faizah Asma Mazlan disenaraikan selaku pelari tunggal walaupun Malaysia boleh menghantar dua wakil dalam acara reben biru itu.
Komalam Shally merupakan calon terbaik berbekalkan catatan peribadi terbaik 24.60 saat musim ini ketika meraih pingat perak dalam Grand Prix Olahraga Malaysia, Mac lalu.
"Memang saya nak beraksi dalam acara 200 meter Sukan SEA.
"Sewaktu Kejohanan Tertutup Malaysia, saya mengalami kecederaan paha tapi saya masih berikan yang terbaik.
"Kalau KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia) beri peluang untuk sertai acara 200 meter, dalam tiga bulan ini, saya akan mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin," katanya.
Apa yang menarik, Komalam Shally bukannya atlet di bawah program MSN gara-gara isu salah fahamnya dengan pegawai skuad olahraga pada 2007.
Sementara itu, Faizah turut bersetuju jika pelari senior berkenaan diberikan peluang.
"Kalau dalam satu acara ada dua orang (wakil), mungkin akan rasa lebih bersemangat untuk sertai mana-mana kejohanan.
"Kerana kami mahu berkomunikasi melainkan jika terdapat jurulatih peribadi yang ikut ke mana-mana," katanya.