Armand Duplantis melonjak melakar rekod dunia kali ke-14 dengan percubaan terakhirnya ketika bintang lompat galah Sweden itu meneruskan dominasi dengan memenangi gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut-turut.
Penonton ternyata cukup terpikat dalam aksi yang dipamerkan di Tokyo ketika menyaksikan atlet lompat galah pertama melepasi halangan setinggi 6.30 meter.
Atlet berusia 25 tahun itu kini telah memenangi lapan pingat emas lompat bergalah lelaki di peringkat global yang ditawarkan dalam kedua-dua pertandingan dalam dan luar berikutan kejayaan ini di ibu negara Jepun.
Kembali ke stadium di mana dia mencapai kejayaan besar pertama itu empat tahun lalu, Duplantis kini meraih satu lagi detik terbarunya.
Juara Olimpik dua kali itu melakar kejayaan meraih pingat emas apabila melepasi ketinggian 6.15m bagi mengetepikan cabaran Emmanouil Karalis sebelum meningkatkan lagi ketinggian palang dalam usaha untuk memecahkan rekod dunia miliknya.
6.30m menjadi rekod baharu dunia sekaligus menjadi rekod kejohanan dunia yang dilakar menyaksikan seluruh stadium dan pesaing lain turut meraikan kejayaan Duplantis yang cukup sukar digugat itu.
Selepas tamat saingan, Duplantis berkata, "Ia lebih baik daripada yang saya bayangkan. Untuk memecahkan rekod dunia ini adalah menakjubkan. Saya sangat gembira."
Ini merupakan rekod dunia keempat pada tahun 2025 oleh Duplantis adalah paling banyak kali dia meningkatkan markah sepanjang setahun dalam kerjayanya.
Pemenang pingat gangsa Australia, Kurtis Marschall, "Ia adalah malam yang menakjubkan, peminat sangat hebat.
"Mondo semestinya dari planet yang berbeza -- dia melakukan perkara yang luar biasa, perkara yang dianggap mustahil oleh ramai orang.
"Saya tidak sabar untuk melihat apa yang dia mampu lakukan pada masa hadapan."