Skip to main content

Badminton

EPL: Chelsea tumbang, Arsenal terus gah di puncak liga

chel

Arsenal dan Chelsea menempuhi dua nasib berbeza dalam perlawanan minggu ke-30 Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta yang lebih dominan terpaksa menunggu lama sebelum jaringan pembukaan daripada Viktor Gyokeres pada penghujung perlawanan diikuti gol daripada Max Dowman menambah gol kemenangan selang lapan minit kemudian untuk menewaskan Everton 2-0 di Stadium Emirates sekali gus terus gah di puncak liga.

Advertisement

 

 

 

 

Dowman mencipta sensasi apabila menjadi pemain termuda -berusia 16 tahun 73 hari- menjaringkan gol dalam kempen EPL selepas kali terakhir dilakukan James Vaughan -pada usia 16 tahun 270 hari- ketika menentang Crystal Palace pada 2005.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan menyaksikan gol tunggal Anthony Gordon pada minit ke-18 memastikan Newcastle United meraih tiga mata di Stamford Bridge selepas menewaskan Chelsea 1-0.

Must Watch Video