Skip to main content

Sukan Lain

Nyuk Fah nafi pemain punca beliau letak jawatan

lee-nyuk-fah.jpg
Jurulatih skuad ragbi negara, Lee Nyuk Fah, meletak jawatan demi menjalani pemulihan kecederaan lutut, sekali gus menafikan dakwaan bahawa tindakan itu diambil susulan desakan pemain kebangsaan selepas Malaysia terkandas dalam Kejohanan Premier Asia.

Justeru, Nyuk Fah meminta pemain yang tidak berpuas hati agar datang bertemunya.

Adalah normal apabila pemain yang tidak terpilih akan menyuarakan ketidakpuasan hati, namun ia bukan punca beliau meletak jawatan.

"Sudah tiba masa saya berehat selepas lima tahun (mengemudi skuad kebangsaan). Saya telah buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan, saya meletakkan penanda aras apabila kami bermain dalam saingan Premier. 

"Di sebalik keputusan ini, ia berlandaskan keputusan peribadi kerana saya ingin memberi tumpuan kepada kerja dan masalah lutut saya yang memerlukan masa (untuk pulih). 

"Saya juga ingin menjelaskan mengenai apa jua masalah yang disuarakan oleh pemain. Ia boleh dibincangkan bersama dalam forum yang lebih baik daripada disalurkan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. 

"Masalah ini belum dibincangkan pun, saya berasakan langkah seperti ini lebih positif," ujarnya. 

Nyuk Fah mengendalikan skuad Hibiscus sejak 2014.

Dalam tempoh itu, beliau mencipta sejarah dengan membantu pemain negara menjuarai Kejohanan Asia Divisyen 1 di Ipoh, Perak, tahun lalu untuk layak ke saingan Premier.

Bagaimanapun, di peringkat divisyen satu, skuad kendaliannya gagal meraih sebarang kemenangan.
 

Advertisement

Must Watch Video