Skuad ragbi 7's negara akan mendapat semula khidmat pemain kebangsaan, Mohamad Nur Azri Azmi, menjelang Sukan SEA Filipina, November depan.
Tahun lalu, pemain itu terpaksa melupakan impian untuk beraksi dalam dua temasya, iaitu Sukan Komanwel Gold Coast dan Sukan Asia Jakarta disebabkan komitmennya terhadap pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Setiausaha Kehormat Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amrul Hazarin, berkata kehadiran Nur Azri akan dapat membantu skuad kebangsaan mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Meskipun tidak menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, Amrul optimis program yang dilalui pemain itu sudah cukup untuk meletakkan Malaysia selaku pencabar utama.
"Dia terikat dengan pelajarannya.
"Pada tahun ini, dia sudah dapat kembali ke dalam skuad negara.
"Secara kebetulan, kami masih mempunyai slot untuk menilai kembali pembabitannya dalam pasukan kebangsaan," katanya.
Sementara itu, skuad kebangsaan akan menghadapi Kejohanan Trofi Asia di Jakarta, bulan depan selain latihan di Incheon, Korea Selatan akan menjadi medan pemilihan 12 pemain terbaik yang akan ke Filipina.
"Kami sudah menyertai beberapa kejohanan di Hokkaido (Jepun) dan Bangkok (Thailand).
"Selepas Kejohanan Trofi Asia, kami akan berlatih dengan pasukan Korea," tambahnya.