Bahang minggu kedua Netball Super League (NSL) makin membara menjelang esok sebelum lapan pasukan meneruskan perjuangan di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Ketua pasukan bola jaring Perak Phoenix, Khairunnisa Nazri, berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa mereka sama sekali tidak memandang rendah terhadap Melaka Mystic walaupun pasukan itu sudahpun mengalami dua kekalahan berturut-turut.
"Kami yakin mampu berikan saingan.
"Lagipun selepas sekian lama tidak beraksi, ia dikira macam pemanas badan, mungkin Melaka Mystic boleh beraksi lebih baik minggu ini.
"Mereka agak baik dalam pertahanan dan jaringan," katanya.
Dalam masa sama, dia enggan fokus terhadap kekalahan buruk 29-71 kepada pilihan utama kejohanan iaitu KL Wildcats, minggu lalu.
Sebaliknya, 'goal shooter' berusia 21 tahun itu percaya pasukannya mampu kembali ke landasan kemenangan dalam aksi ketiga menentang Melaka Mystic.
Faktor utama kekurangan Perak Phoenix ialah tumpuan pemain mula merundum sebaik memasuki suku ketiga.
"Kami ada rasa agak tertekan tetapi jurulatih berpesan kepada kami supaya tingkatkan persembahan.
"Permulaan permainan kami agak baik tapi dalam suku ketiga, prestasi agak menuru jadi jurulatih banyak tekankan aspek itu," katanya lagi.

Hoopers semuaaa !! Jadual sudah keluar teruskan sokongan korang kepada pasukan bola jaring negara kita ?? jumaat ni kita jumpa girls !! #rulethecourt @nsl.my
Posted by Astro Arena on Wednesday, March 24, 2021