Skip to main content

Bola Jaring

Johor Jewels pertahan Regional Cup NSL, sekat dominasi Marvels

j

MARVELS 48 JEWELS 48

Johor Jewels akhirnya mematikan momentum luar biasa Terengganu Marvels CelcomDigi dengan menggondol gelaran juara Regional Cup Netball Super League (NSL) 2026, sebentar tadi.

Selepas Marvels melangkaui rekod kebal sejak saingan liga lagi, Jewels tampak belajar daripada tiga pertemuan terdahulu dan biarpun belum mampu kekang dominasi marvels secara keseluruhan, namun komunikasi dan tahap kecergasan Jewels dilihat lebih rapi biarpun aksi di Stadium Juara, Bukit Kiara itu sering dihambat Marvels!

 

 

 

Paling ketara ketika aksi melewati suku terakhir, Jewels bagaikan dirasuki semangat luar biasa yang memperlihatkan juara dua kali NSL itu melebarkan kelebihan kepada 10 mata, jurang paling besar pernah diraih Jewels ketika berdepan Marvels musim ini!

Hasil usaha keras tersebut, kejuaraan Regional Cup kekal jadi miliki permata dari selatan itu menerusi kemenangan 56-48!

 

Must Watch Video