Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Penyokong tuan rumah mula menyampah dengan Zlatan Ibrahimovic

[p

Zlatan Ibrahimovic menerima kritikan atas peranannya sebagai pemerhati sukan kepada sebuah stesen penyiaran sepanjang Piala Dunia 2026, bukan sahaja di salah sebuah negara penganjur, Amerika Syarikat (AS) malah di Milan.

The Athletic mengeluarkan artikel yang menyelar ulasan bekas ketua pasukan Sweden itu di samping bekas pertahanan AS, Alexi Lalas, sambil melabel gandingan tersebut sebagai janggal.

Ibrahimovic ketika mengulas mengenai perlawanan membabitkan Kanada, mengakui tidak pernah mengenali nama ketua jurulatih kebangsaan negara itu, Jesse Marsch, selain sentiasa bersikap angkuh dalam ulasannya berbanding rakan setugas, Thierry Henry.

"Bukan angkuh tapi yakin. Orang jahil akan mengatakan dia sebagai angkuh tapi orang orang bijak mengatakan ia adalah keyakinan," katanya ketika memberi reaksi ulasan bekas bintang tuan rumah, Landon Donovan.

Ibrahimovic turut diselar peminat di San Siro kerana sibuk dengan tugasannya dalam Piala Dunia lalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai penasihat kepada pemilik AC Milan, RedBird, ketika mereka sibuk dalam pasaran pemain di bawah bimbingan pengurus baru, Ruben Amorim. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video