Skip to main content

Badminton

Bekas pemain nombor satu dunia saran Zii Jia sertai kejohanan berstatus Super 100 terlebih dahulu

lee

Susulan kekalahan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Macau apabila rebah di tangan, Prahdiska Bagas Shujiwo, secara straight set 12-21, 20-22.

Bekas perseorangan nombor satu dunia, Roslin Hashim, menyifatkan Zii Jia seharusnya memilih untuk beraksi pada kejohanan berstatus Super 100 terlebih dahulu sebelum memilih taraf kejohanan yang lebih besar.

Perkara itu berikutan jika dia menyertai kejohanan berstatus lebih besar ketika ini, ia hanya merugikan diri sendiri kerana rankingnya akan terus menurun dan impak daripada itu, dia bakal hilang motivasi dan semangat untuk bangkit.

Bagaimanapun, menurut Roslin, tiada jalan lain untuk Zii Jia selain berbincang dengan jurulatih, Liew Daren serta 'Team Lee Zii Jia' bagaimana cara untuk dia pastikan kemenangan demi kemenangan diraih.

"Jika dia berterusan kalah dalam pusingan awal, secara normalnya tahap keyakinan dia akan sentiasa hilang dan dia tidak akan dapat berikan aksi terbaik.

"Jika boleh cuba, dia cuba sertai kejohanan yang bawah dahulu seperti Super 100 untuk dapatkan keyakinan dia, kerana kita tahu faktor kecederaan dan rehat panjang.

"Jadi apabila dia terus beraksi di tahap tinggi, apabila kalah awal jadi dia tidak dapat keyakinan walaupun memang ikut ranking memang layak, tetapi jika berterusan.

"Jika dia sayang kerjaya dia, jika berterusan kalah pusingan awal agak sukar kehadapan, tewas pun dengan pemain kurang ternama, jadi prestasi dia kurang bagus." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video