Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Zul Ariffin antara bertuah, tonton Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat

AAS

Bola sepak Piala Dunia bukan jaminan untuk mendapatkan akses mudah ke Amerika Syarikat. Jika kejohanan empat tahun sekali ini diadakan di lokasi lain sekali pun, peluang untuk merasai pengalaman berada di dalam stadium bersama ribuan penonton tetap juga sukar. 

Tidak hairanlah ramai yang cemburu dengan pelakon terkenal, Zul Ariffin yang berpeluang menyaksikan beberapa perlawanan peringkat kumpulan, antaranya pertemuan Switzerland dan Bosnia & Herzegovina yang berlangsung di Stadium Los Angeles pada Jumaat. 

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zul yang teruja dengan pengalaman baharunya itu sempat membawa lebih 2 juta pengikut di laman sosialnya merasai momen luar biasa ketika Bosnia akhirnya mendapatkan jaringan selepas ketinggalan 3 gol dan kehilangan seorang pemain ekoran layangan kad merah. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Menariknya, lagak bersahaja Zul yang langsung tidak control macho dan seolah-olah lepas geram ketika memberikan sokongan kepada Bosnia cukup menghiburkan. Pelakon filem The Furious itu juga dilihat celik perkembangan sukan apabila berkongsi informasi lain seperti lokasi stadium yang menjadi tumpuan dunia untuk persembahan ikonik, Super Bowl Halftime Show membabitkan beberapa penyanyi rap terkemuka seperti Dr Dre, Eminem dan Snoop Dog.  

Gol tunggal Bosnia dijaringkan Ermin Mahmic pada masa kecederaan yang turut menyaksikan Switzerland menambah satu lagi jaringan selepas itu, menerusi penalti yang disempurnakan bintang kesayangan, Granit Xhaka untuk perlawanan berakhir 4-1.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video