Skip to main content

Bola Sepak

FAM dalam situasi sulit di depan gol sendiri -- bekas penolong setiausaha agung FAM

j

Peminat tidak mudah digula-gulakan dan bekas penolong Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Rosli Hussein, menegaskan peminat kini sudah bijak dan mampu menilai sesuatu isu secara sendiri.

Ia merujuk kepada penjelasan Menteri dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berhubung isu tujuh pemain warisan, dengan Rosli menyifatkan penyokong masa kini lebih terdedah kepada maklumat dan tidak mudah dipengaruhi.

Rerdahulu, Saifuddin menegaskan pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain dan kelayakan mereka beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam pertandingan antarabangsa adalah dua perkara berbeza.

Menurutnya, status kewarganegaraan pemain terbabit tidak wajar dipertikaikan kerana semua proses dilaksanakan mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dan setiap permohonan memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Kenyataan sebegitu pasti membuatkan rakyat keliru bahawa kerakyatan boleh diberikan sewenang-wenangnya tanpa memenuhi syarat-syarat yang kita sendiri tetapkan.

"Dalam analogi bola sepak, FAM sekarang (ibarat) dalam keadaan rumit di depan pintu gol sendiri. Keputusan yang dibuat sama ada boleh jadi gol sendiri atau keputusan itu mengembalikan sedikit maruah sudah tercalar.

 

 

 

 

"FAM yang mulakan benda ini jadi perdana menteri pulangkan balik," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Isu ini kembali dibangkitkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan FAM perlu membincangkan dan meneliti terlebih dahulu tuntutan agar kerakyatan tujuh pemain warisan itu ditarik balik.

Sebelum ini, Ultras Malaya mengemukakan tiga tuntutan termasuk mendesak kerakyatan tujuh pemain terbabit ditarik balik.

"Saya tidak begitu jelas mengapa KDN berikan kad pengenalan kepada mereka dan jelas garis panduan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan tidak dipenuhi. Pemalsuan dokumen merupakan satu jenayah," katanya lagi. 
 

Must Watch Video