Seiring dengan tuntutan yang disuarakan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), bekas juara dunia, Aleena Ahmad Nawawi, kembali ke kampung halamannya bagi melunaskan misi peribadi muncul juara kategori singles.
Sasaran itu dikongsikannya bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, sambil menyasarkan untuk terus memperkuatkan skuad negara dalam Sukan Komanwel Glasgow serta Sukan SEA Malaysia 2027.
Aleena cukup mengenali venue utama Kejohanan Singles dan Pairs Kebangsaan 2026 yang bakal membuka tirainya dari 19 hingga 24 Mei di Arena Lawn Bowls, Ipoh, Perak itu, menjadi saksi permulaan karier aleena suatu ketika dahulu.
Format permainan mirip kejohanan terkemuka antarabangsa dan prestasi pemain negara bakal dinilai dari setiap aspek.
Aleena yang dikenali sebagai antara aset berharga kem boling padang negara merupakan antara pilihan utama kejohanan berdasarkan reputasi dan prestasi semasa.
"Selepas tiga penyertaan -- dua terkandas dalam final -- jadi sasaran saya kali ini tinggi iaitu muncul juara.
"Saingan sangat sengit terutama atlet Program Podium termasuk atlet Sukma (Sukan Malaysia) Selangor.
"Dengan kesempatan untuk menyesuaikan diri dengan venue lebih baik, ia pasti membantu persembahan kami," katanya.
Penganjuran edisi 2026 merekodkan penyertaan memberangsangkan apabila seramai 132 atlet menggambil bahagian merangkumi empat kategori, singles lelaki (60 penyertaan), pairs lelaki (34 pasangan), singles wanita (45 penyertaan) dan pairs wanita (27 pasangan).