Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Ibu bapa gembira lihat potensi anak pada hari terakhir

parents AKB

Hari terakhir Astro Kem Badminton (AKB) terus menyaksikan persaingan bermutu tinggi sesama peserta di Arena Sukan Kuala Lumpur hari ini.

Dengan setiap peserta mula menyerlahkan potensi masing-masing, ibu bapa yang terlibat turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi sebab mengapa program sebegini mampu memacu potensi anak-anak mereka untuk pergi lebih jauh.

Mereka menzahirkan rasa puas hati terhadap program anjuran Astro berkenaan kerana membuka peluang kepada anak-anak mereka untuk menonjolkan bakat sebenar selain menyediakan platform terbaik sebagai persediaan awal mewakili negara satu hari nanti.

Hari ini menyaksikan setiap pemain diberikan peluang mengharungi perlawanan simulasi.

Seorang bapa kepada peserta AKB, Gulandran Shanmuga Sundaram, berkata kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari: "Saya mahu berterima kasih kepada Astro kerana menganjurkan program ini untuk anak-anak kami. Semua anak-anak kami berlatih dengan bersungguh-sungguh.

"Anak saya berlatih sejak berumur sembilan tahun, jadi saya rasa pendedahan ini satu anugerah buat mereka untuk menjadi lonjakan agar mereka dapat memberikan yang lebih baik di akademi badminton dan mungkin karier mereka."

"Badminton","Astro Kem Badminton"

Must Watch Video