Pemain tenis Australia, Nick Kyrgios, mendedahkan dia dimasukkan ke wad psikiatri selepas terfikir untuk membunuh diri berikutan kekalahan Wimbledon kepada Rafael Nadal pada 2019.
Pemain nombor 25 dunia yang sering menjadi kontroversi itu berkata kekalahan pusingan kedua, empat set kepada pemain Sepanyol itu adalah titik terendah dalam kariernya.
"Saya benar-benar memikirkan jika saya mahu membunuh diri," Kyrgios, yang memakai lengan putih di lengan kanannya untuk menyembunyikan parut yang mencederakan diri sendiri, memberitahu dokumentari Netflix, Break Point.
“Saya kalah di Wimbledon. Saya bangun dan ayah saya sedang duduk di atas katil, menangis melihat keadaan saya. Ia telah menyedarkan saya semula kepada realiti.
"Saya pun berasakan 'OK, saya tidak boleh terus melakukan ini'. Saya dimasukkan ke wad psikologi di London untuk mengetahui masalah saya.
“Saya mengambil minum beralkohol secara berlebih-lebihan, menyalahgunakan dadah, putus hubungan dengan keluarga, mengetepikan semua kawan rapat saya.
"Anda boleh keadaan saya tidak berada di tahap terbaik. Seluruh lengan saya dipenuhi parut. Itulah sebabnya menutup bahagian lengan saya ketika beraksi di gelanggang.
“Tekanan yang sangat tinggi diletakkan kepada saya, semua mengharapkan saya menghasilkan sesuatu, saya tidak dapat menanganinya. Saya sangat benci orang seperti saya.”