Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: LeBron, Davis terlepas aksi pembukaan pramusim Lakers

jamesdavis.jpg
LeBron James dan Anthony Davis akan terlepas aksi pembukaan pramusim Los Angeles Lakers  menentang Clippers malam ini.

Lakers meneruskan persiapan bagi musim 2020-21 dengan menentang Clippers, hanya 61 hari selepas mereka menjuarai NBA.

Degan tiga lagi aksi pramusim sebelum mereka memulakan kempen menentang Clippers pada 22 Disember ini, Lakers tidak dapat menurunkan dua bintang utama mereka.

"Anthony dan LeBron tidak akan bermain dan beberapa pemain baru masih akan dinilai," kata ketua jurulatih Lakers, Frank Vogel, kepada wartawan.

"Kami masih belum membuat keputusan pemain mana yang akan bermain dalam perlawanan yang mana selain Anthony dan LeBron tidak akan bermain esok," katanya.
 
Selepas berdepan Clippers sekali lagi hujung minggu ini, Lakers akan bertemu Phoenix Sun sebanyak dua kali sebelum pembukaan musim ini.

Vogel tidak kisah dengan keputusan perlawanan malam ini sambil berkata dia hanya mahu pasukannya membina kecergasan.

"Bagi saya ia tentang memberikan pemain kami peluang untuk membina kecergasan mereka, untuk membiasakan diri dengan suasana perlawanan tanpa penonton dalam arena ini.

"Juga untuk pemain kami mengerahkan keringat daripada segi tabiat yang kami ingin bina dalam kem latihan.

"Ia benar-benar bukan tentang kemenangan atau kekalahan, terutama apabila ia masih awal pramusim. Ia mengenai setiap orang memperoleh peluang, cukup berusaha tetapi tidak terlalu banyak berusaha dan ia akan menjadi perlawanan yang cukup berjaya buat saya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video