NBA
NBA: Lakers tewas lagi, LeBron cedera buku lali
Los Angeles Lakers berdepan kekalahan keenam daripada tujuh perlawanan apabila tewas 114-121 kepada Toronto Raptors, di mana bintang utama, LeBron James, menamatkan perlawanan NBA itu dengan kecederaan buku lali sebentar tadi.
James meninggalkan padang dalam suku keempat selepas mengalami kesakitan di pergelangan kaki kanannya, kecederaan sama yang mengetepikannya sehingga 20 perlawanan sebelum kembali diturunkan menentang Sacramento Kings kelmarin.
Pemenang empat kali anugerah MVP itu bermain selama 28 minit, menjaringkan 19 mata dengan tujuh rebound dan enam bantuan tetapi gagal membantu pasukan juara bertahan itu mengubah nasib mereka menjelang saingan playoff.
Iklan
Penyerang Toronto, Pascal Siakam, mempamerkan aksi luar biasa dengan rekod tertinggi 39 mata, 13 rebound dan empat bantuan manakala guard veteran, Kyle Lowry, turut memperoleh 'double-double' dengan 37 mata, termasuk tiga jaringan tiga mata, dan 11 bantuan.
Keputusan itu bermakna Lakers tergelincir kepada 36-28 dan berada di tangga keenam Liga Persidangan Barat manakala Raptors pula dengan 27-38.
Keputusan penuh: Milwaukee Bucks 117-114 Brooklyn Nets Portland Trail Blazers 129-119 Boston Celtics New York Knicks 122-97 Houston Rockets Philadelphia 76ers 113-111 San Antonio Spurs (OT) Phoenix Suns 123-120 Oklahoma City Thunder Sacramento Kings 111-99 Dallas Mavericks Miami Heat 121-111 Charlotte Hornets Toronto Raptors 121-114 Los Angeles LakersSeason highs for Lowry & Siakam! ?@pskills43: 39 points, 13 boards@Klow7: 37 points, 11 assists, 8 threes#WeTheNorth pic.twitter.com/UCo3rh9nph— NBA (@NBA) May 3, 2021
Must-Watch Video